"Mencegah adalah lebih baik daripada Mengubati"

Apa khabar..? Anda sihat..? Inilah ungkapan yang sering diajukan kepada kita apabila bertemu dengan seseorang.. dan jawapan yang sering pula kita berikan ialah “khabar baik..” “saya sihat…”. Persoalannya, adakah kita betul-betul yakin bahawa kita sihat ketika memberikan jawapan itu atau sekadar ingin menyedapkan hati orang yang bertanya..? Apakah makna “sihat” atau “kesihatan” pada pandangan anda..?

Cuba bayangkan tubuh kita seperti “iceberg”, bukankah 1/8 sahaja daripadanya boleh dilihat, sedangkan 7/8 lagi tersembunyi dan sering mengundang bahaya..?

Kebanyakan orang menganggap dirinya “sihat” semata-mata kerana saat itu dia tidak mengalami apa-apa simptom penyakit.. dan dia hanya tahu yang dia “tidak sihat” atau “sakit” apabila komplikasi sesuatu penyakit berlaku pada dirinya

Apabila simptom penyakit muncul, kita akan segera mencari “ubat” untuk menghilangkannya dan apabila simptom tersebut hilang selepas pengambilan ubat, kita akan mengatakan kita telah “sihat” kembali… adakah ini makna kesihatan pada pandangan anda..?

Saya berikan satu contoh: seseorang yang sedang mengalami sakit kepala dan demam lalu segera mendapatkan “panadol” atau “antibiotik”.. kemudian selepas beberapa minit demam dan sakit kepalanya itu hilang..! bolehkah dia menganggap dirinya telah sihat sepenuhnya..?

Tahukah anda bahawa simptom atau komplikasi sesuatu penyakit biasanya mengambil masa yang lama untuk terjadi..? Maknanya akar penyakit (root cause of disease) itu telah lama bersarang dalam tubuh badan tanpa disedari oleh pesakit. Simptom atau komplikasi penyakit yang dialami oleh seseorang sebenarnya menandakan bahawa sesuatu penyakit itu telah sampai ke tahap maksima walaupun masih belum kritikal

Kita sedang hidup dalam dunia moden yang bergerak pantas di mana bahan-bahan sintetik (racun) telah digunakan secara berleluasa hampir dalam semua benda yang kita makan dan kita pakai.. ditambah pula dengan pencemaran udara daripada bahan-bahan buangan kilang industri juga asap yang dikeluarkan oleh kenderaan dan rokok yang dihisap, tekanan perasaan, cara pemakanan yang buruk dan gaya hidup yang tidak sihat.. Dalam dunia yang serba tercemar ini mampukah kita memastikan yang tubuh kita tidak akan turut tercemar (sihat)..???


SAINS MENAMAKAN SEL-SEL SEBAGAI
 “BAHAN BINAAN BAGI KEHIDUPAN”

(sekadar hiasan)

Jantung kita terbina daripada sel-sel, paru-paru kita terbina daripada sel-sel, kulit kita terbina daripada sel-sel, otak kita terbina daripada sel-sel, tulang belulang kita terbina daripada sel-sel dan begitulah seterusnya…

Tubuh badan kita terbentuk daripada 500 - 600 trillion sel hidup. Jadi, kesihatan tubuh badan kita secara keseluruhannya menjadi cermin pengukur sihat atau tidaknya sel-sel badan kita.

Memiliki sel-sel yang sihat bererti kita memiliki tubuh badan yang sihat, sebaliknya sel-sel yang berada dalam tekanan dan tidak sihat menandakan bahawa tubuh sedang menyimpan penyakit

Sel-sel sentiasa terdedah secara langsung kepada tekanan fizikal, emosi dan tenaga mengakibatkan ia tidak berfungsi, dan kehilangan fungsi ini disebut (dalam Bahasa English) sebagai "dis-ease" (penyakit) kerana sel-sel badan tidak lagi berada dalam keadaan "selesa" (ease). Jika situasi ini dihuraikan secara lebih terperinci, akan jelaslah kepada kita bahawa setiap perkara yang dikaitkan dengan masalah kesihatan, walau apapun namanya akan kembali kepada puncanya iaitu kesihatan sel-sel.

TUBUH KITA SENTIASA MERAWAT DIRINYA SENDIRI

Hasil kajian Sains Perubatan membuktikan bahawa sebanyak 50 - 70 bilion sel badan akan mati setiap hari. Sebenarnya, perkara yang dilakukan oleh sel-sel badan dalam masa 24 jam sehari hanyalah melindungi, merawat, membaiki fungsi yang pincang dan membina semula struktur yang rosak.

Tapi gaya hidup moden yang tidak sihat telah menyebabkan sel-sel badan terus berada dalam tekanan dan tak mampu merawat dirinya sendiri. Jika sel-sel badan tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrisi yang cukup, ia pasti tidak akan kuat dan bertenaga untuk terus hidup seterusnya membentuk organ-organ penting badan yang tidak berfungsi dengan sewajarnya.


KONSEP SEBENAR DALAM MEMASTIKAN KESIHATAN YANG OPTIMA

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgygS68oRpXGjYGS-NMKlqUmEHLAAqtclSQ6cYbvFX2IPCBtqNuEqAYhcI-c79xirwWHt9-bwhbEuqcD01m4iy10YV5SP_KRprRBiblibAO7Tbbn6dnpwQCsVExtkpfgbcTftSiqDZaAOE/s1600/13419662-human-heart-circulation-cardiovascular-system-with-anatomy-from-a-healthy-body-on-a-background-with-.jpg
(sekadar hiasan)

Di sinilah letaknya kepentingan fungsi Sistem Peredaran Darah dalam tubuh badan. Ia merupakan "batu asas" dalam membina kesihatan yang menyeluruh. Jika Sistem Peredaran Darah yang merupakan medium penting dalam membekalkan sel-sel badan dengan oksigen dan zat-zat makanan yang diperlukan dan membuang sisa kumuhan seperti karbon dioksida, tidak sihat dan tidak berfungsi dengan baik.. ini akan mengakibatkan ketegangan di peringkat sel-sel dan sekali lagi ditegaskan bahawa “ketegangan sel-sel bermakna penyakit bagi tubuh badan”...

"Pakar-pakar kesihatan di institusi kajian kesihatan di Amerika Syarikat menegaskan bahawa 89% penyakit yang menyerang manusia adalah berpunca daripada Sistem Peredaran Darah yang tidak sihat"

Sistem Peredaran Darah terdiri daripada 3 komponen penting iaitu jantung, darah dan salur darah atau lebih dikenali dengan “Sistem Salur Darah Jantung” (Cardiovascular System). Jika ketiga-tiga komponen ini berada dalam keadaan sihat dan berfungsi dengan baik, maka ia akan memastikan bekalan oksigen dan zat-zat penting makanan akan sampai kepada sel-sel tubuh dengan sempurna… tetapi jika sebaliknya, maka ia bererti “bencana” bagi kesihatan tubuh badan

Serangan jantung (Heart Attack) atau sakit jantung (cardiovascular disease), angin ahmar (ischemic stroke), kencing manis (diabetes) dan barah (cancer) adalah antara contoh-contoh penyakit yang paling dominan berlaku akibat daripada kerosakan pada Sistem Peredaran Darah.

Statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa serangan jantung atau sakit jantung merupakan pembunuh no.1 di dunia dengan kadar kematian paling tinggi. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyebutkan bahawa seramai 40,000 rakyat Malaysia mengalami serangan strok setiap tahun.. 1 daripada 6 kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit jantung.. Sekurang-kurangnya 6 orang akan diserang sakit jantung setiap jam..!! 144 orang sehari..!!

Tayangan video berikut menjelaskan segalanya…


(sekadar hiasan)


(sekadar hiasan)
 
Seperti yang anda saksikan, punca yang menyebabkan penyakit jantung adalah plak (arteriosclerosis) atau darah beku (blood clot) yang terbentuk dalam saluran darah. Dalam perubatan moden, tiada sebarang ubat yang mampu membuang atau menghancurkan plak arteriosclerosis. Mereka hanya mampu berikan kepada pesakit ubat (dadah) yang disebut "blood thinner" seperti warfarin, aspirin dan pradaxa bagi mencegah pembekuan darah, dengan itu ia dapat melepasi halangan-halangan (plak) di dalam saluran darah. Penggunaan bahan-bahan sintetik ini bukan sahaja tidak mampu merawat punca penyakit (root cause of disease), malah akan mengakibatkan kesan sampingan yang lain..


(sekadar hiasan)

Antara pilihan lain yang diambil ialah melakukan pembedahan yang dipanggil “Coronary Angioplasty (Stent Jantung) dan “Balloon Angioplasty”. Prosedur pembedahan ini nampak saja mudah dan dianggap pilihan yang baik, tetapi risiko bahayanya masih tinggi, setinggi belanja operasinya. Tahukah anda sudah berapa ramai pesakit yang mati akibat jarum yang dimasukkan ke dalam saluran jantung mereka..? Doktor berkemungkinan besar akan menikam salur darah yang terlibat..! Jika anda masih muda, mungkin anda mampu bertahan dalam prosedur ini.. tapi jika usia anda telah lanjut, anda rasa mampukah anda bertahan dalam menghadapinya..? Inilah persoalan-persoalan yang harus anda tanyakan pada diri sendiri..

JALAN PENYELESAIAN TERBAIK



Pilihan yang ingin saya kongsikan bagi mengatasi masalah di atas dan mencapai kesihatan yang baik adalah selamat tanpa sebarang risiko, tanpa perlu menikam tubuh di sana dan di sini. Saya sarankan anda menggunakan KAPSUL DANSHEN PLUS TASLY sebagai pilihan yang paling baik kerana ia merupakan produk ramuan herba atau “ubat” yang terbukti mampu membersihkan Sistem Peredaran Darah anda secara berkesan tanpa sebarang kesan sampingan (side effect) dan menjadikannya sihat..

"Sistem Peredaran Darah Yang Sihat"
"Sel-Sel Badan Yang Sihat"
"Tubuh Badan Yang Sihat"

Terdapat pelbagai jenis produk kesihatan di pasaran yang mendakwa mampu memelihara tahap kesihatan serta memulihkan fungsi sesuatu organ yang rosak, namun begitu belum ada yang mampu menandingi kejayaan dan keberkesanan KAPSUL DANSHEN PLUS dalam mengekalkan kesihatan dengan cara memastikan kebersihan Sistem Peredaran Darah, terutamanya mikro peredaran (micro-circulation); lantaran itu, ia wajar dijadikan produk asas berbanding produk-produk lainnya. Ini terbukti melalui beberapa faktor:

  (sekadar hiasan)

Kapsul Danshen Plus adalah ramuan ajaib dari gabungan tepat beberapa herba yang telah digunakan sejak ratusan tahun dan telah dibuktikan keberkesanannya oleh banyak kajian klinikal di peringkat antarabangsa.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTjHQvbG0tJykDUOd4aryY3zCVpU4dP305cuu-cwgxKPTc46FzGPthUCPmp66cWTi4-kcNX8NMmvGeS4yg5f5ksG8-onoGSqeR8G5C_cYHnEAMXYRUxaYYgZDy1acCBObEJGsz3rTNOGM/s1600/danshenmainingredient.jpg


Kajian menunjukkan bahawa Kapsul Danshen Plus mampu melegakan kesakitan hampir serta merta melalui ujikaji ke atas 40% pesakit dan menghilangkan sakit dada (angina pectoris) dalam masa 3 – 8 minit melalui ujikaji ke atas 48% pesakit selepas mengambilnya melalui bawah lidah.

Kapsul Danshen Plus telah dihasilkan oleh Tasly Group, sebuah syarikat Famaseutikal terbesar di dunia yang berpengkalan di Tianjin, China menerusi penggunaan teknologi pengekstrakan yang paling moden. 

(sila lihat video di bawah)


(sekadar hiasan)

Penghasilan Kapsul Danshen Plus bermula dari proses penanaman bahan produk sampai kepada pembekalannya telah mendapat pengiktirafan 6 ‘G’ iaitu Good Agricultural Practice (GAP), Good Laboratory Practice (GLP), Good Clinical Practice (GCP), Good Manufacturing Practice (GMP), Good Extraction Practice (GEP) dan Good Supply Practice (GSP).

Kapsul Danshen Plus telah memperolehi sijil kelulusan tahap kedua daripada Food and Drug Administration (FDA) yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan kini sedang melalui proses kajian untuk kelulusan tahap ketiga.

Kapsul Danshen Plus dihasilkan menggunakan teknologi ‘Dripping Pills’ yang dipatenkan untuk tindakbalas dan keberkesanan yang lebih pantas.

Kapsul Danshen Plus telah digunakan secara meluas di lebih 10,000 buah hospital di China untuk mengatasi gejala-gejala penyakit yang berpunca dari Sistem Salur Darah yang tidak sihat terutamanya sakit jantung dan strok.

Kapsul Danshen Plus telah digunakan oleh lebih 300 juta orang di seluruh dunia dengan hasil yang positif dan dengan rekod jualan melebihi 1 bilion botol (+-180 botol/minit)

 
Terbaik..!!
Kapsul Danshen Plus telah terbukti sangat berkesan dalam:

·          Membantu melindungi dan merawat penyakit jantung koronari
·          Membantu melindungi dan merawat angin ahmar (strok)
·          Membersihkan darah dan saluran darah dan memperbaiki peredaran darah mikro yang dianggap sebagai " jantung kedua"
·          Menjadikan saluran darah lebih sihat dan kenyal (elastik)
·          Membantu menurunkan tahap kolesterol (LDL) dan mengurangkan plak arteriosclerosis.
·          Mengembangkan saluran darah untuk peredaran darah yang lebih lancar, terutamanya saluran darah jantung
·          Membantu merawat komplikasi kencing manis (diabetes)
·          Membantu melindungi dan merawat fungsi hati


Video-video di bawah menunjukkan bukti keberkesanan Kapsul Danshen Plus membuang plak arteriosclerosis dalam saluran darah dan membersihkannya dalam masa hanya 30 minit selepas pengambilan. Ia diambil menerusi ujikaji yang dijalankan di Universiti Peking, China dan Universiti Keio, Jepun menggunakan “Satellite Mapping Technology”, perhatikan betul-betul..


(sekadar hiasan)


(sekadar hiasan)


(sekadar hiasan)


(sekadar hiasan)


SOKONGAN DARIPADA SUMBER AGAMA
(UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA)


(sekadar hiasan)


Rasul Junjungan Muhammad s.a.w. bukan sahaja diutus untuk membimbing manusia dalam menyediakan bekalan untuk kehidupan di Akhirat, tetapi juga mengajarkan kepada manusia bagaimana cara untuk mencapai kehidupan yang sihat dan sejahtera di Dunia. Sejak +- 1500 tahun dulu Baginda telah menegaskan bahawa kesejahteraan atau kesihatan tubuh badan yang optimal hanya dapat dicapai melalui tabiat pemakanan yang sihat. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui diet yang diamalkan oleh Baginda sendiri, yang banyak dibicarakan dalam kitab-kitab. Antara lain Baginda pernah bersabda:

"Punca segala penyakit adalah perut"

Menerusi hadis ini Baginda s.a.w ingin menegaskan bahawa setiap benda (diet) yang kita masukkan ke dalam perut akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan dan perkataan "perut" di dalam hadis mempunyai makna yang luas merangkumi keseluruhan tubuh badan memandangkan penggunaan asap tembakau (rokok) dan suntikan bahan ubatan atau dadah ke tubuh menggunakan jarum pacagari belum lagi berlaku di zaman Baginda. Jadi, hadis ini cuba memahamkan kita bahawa apa sahaja yang kita masukkan ke dalam tubuh akan mempengaruhi kesihatan dan perjalanan fungsi sistem dalaman tubuh badan (terutamanya Sistem Peredaran Darah). Ini dikuatkan lagi oleh sebuah hadis lain yang sangat terkenal:

"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh anak Adam (manusia) terdapat segumpal daging. Jika ia berkeadaan baik (sihat) maka akan baik pula seluruh fungsi tubuh badan dan jika ia rosak (tidak sihat) maka akan rosaklah seluruh fungsi tubuh badan. Ketahuilah bahawa ia adalah Jantung (Kalbu Sanubari)"

Sebagaimana yang diketahui bahawa "Jantung" merupakan komponen terpenting dalam Sistem Peredaran Darah yang perlu diberikan perhatian utama dalam proses mendapatkan kesihatan yang optimal. Ia secara tidak langsung merangkumi komponen-komponennya yang lain iaitu darah dan saluran darah justeru "jantung" tidak akan dapat menjalankan fungsinya tanpa kedua-dua komponen tersebut. Ini disokong pula dengan amalan berbekam yang sangat dianjurkan oleh Baginda s.a.w kepada umatnya. Amalan berbekam dapat mengeluarkan darah kotor (beku) daripada tubuh dan memastikan kesihatan saluran darah.

Sejak ribuan tahun dahulu, negara China telah terkenal dengan pelbagai tumbuhan herba juga sistem perubatan berasaskan herba yang mampu mengekalkan kesihatan manusia dan merawat pelbagai jenis penyakit. Ini sangat difahami oleh Baginda s.a.w melalui ilmu kenabiannya. Lantaran itu Baginda pernah bersabda dalam satu hadis yang masyhur:

"Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina"

Selawat dan Salam yang tak terhingga buat Baginda s.a.w dan Keluarganya yang suci.


APA PENDAPAT PARA DOKTOR MENGENAI 
KAPSUL DANSHEN PLUS


(sekadar hiasan)

Sesuatu produk kesihatan dan kosmetik harus melalui proses ujikaji yang ketat di US Food and Drug Administration (FDA) sebelum ia boleh diyakini berkesan dan selamat untuk digunakan. Kapsul Danshen Plus telah berjaya memperoleh sijil kelulusan tahap kedua daripada FDA. Kelulusan FDA ini dianggap lebih berkuasa dan berpengaruh daripada kenyataan mana-mana doktor. Lantaran itu terdapat ramai doktor di seluruh dunia dalam pelbagai cabang perubatan tampil memberikan komen yang positif serta mengiktiraf tentang kuasa penyembuhan yang dimiliki oleh Kapsul Danshen Plus. Berikut ini adalah kenyataan beberapa orang doktor di Malaysia, saksikan...


(sekadar hiasan)


(sekadar hiasan)

(sekadar hiasan)

(sekadar hiasan)

(sekadar hiasan)


TESTIMONI

Perkongsian seorang pesakit jantung koronari (6 block) dari Thailand tentang kehebatan Kapsul Danshen Plus yang telah memberikan sinar baru dalam kehidupan beliau, saksikan...


  (sekadar hiasan)

Berikut adalah antara tanda-tanda awal menunjukkan seseorang itu mempunyai Sistem Peredaran Darah yang tidak sihat dan jika ia tidak ditangani atau dicegah sedari awal, pasti ia akan membawa kepada keadaan yang lebih buruk dan sukar untuk dirawati:

  • Sering merasa sesak nafas
  • Dada mula terasa sempit disebabkan banyak merokok
  • Nafas pendek
  • Degupan jantung bertambah cepat
  • Kebas-kebas di bahagian tangan dan kaki yang berlanjutan selama beberapa minit
  • Sengal-sengal di bahagian sendi badan
  • Kekejangan otot terutama di bahagian tangan dan kaki
  • Cepat letih dan tidak bertenaga
  • Sakit mencengkam di bahagian tengah dan kiri dada membawa ke lengan kiri
  • Aktiviti menjadi terhad
  • Sering merasa pening dan loya
  • Tekanan darah tinggi


KESIMPULAN

Pujangga ada mengatakan "Kesihatan adalah Kekayaan". Apalah gunanya kekayaan wang ringgit tanpa nikmat kesihatan yang baik. Kekayaan boleh dicari sekiranya tubuh badan berada dalam keadaan sihat wal'afiat, tetapi jika kesihatan tubuh badan tiada, manusia terpaksa mengorbankan kekayaannya untuk menebus kembali kesihatannya. Tuhan berikan kepada kita peluang untuk hidup sekali sahaja, jadi janganlah kita mensia-siakannya dan mengabaikan kesihatan diri kerana kita hidup untuk destinasi yang lain. Untuk kesejahteraan hidup di sana, kita perlu banyakkan bekalan (amalan).. untuk banyakkan amalan, kita perlu hidup lama (panjang usia).. untuk menikmati usia yang panjang kita perlu memiliki kesihatan yang baik...

"Kawallah kesihatan anda sebelum ia mengawal kehidupan anda"

"INVEST your money for your health today, rather than you SPEND your money to regain your health tomorrow"


TERIMA KASIH



 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNQTEPZYVRyrq0xIpDfNO0mkF3D7d4HGsbHRx9SZ-99t5kPpH3yEXEJREVNS6_kBhOoru8H5ix-25gwRWDndPL56xH34Xti6xrTwXYI7fd384DDO0RzdjjtmUjinIvljgKeiQmjlgpnbQ/s1600/ClickHereButton-animateda.gif